Fungsi

FUNGSI JABATAN

Fungsi-fungsi utama Majlis adalah seperti yang ditetapkan dalam seksyen 14(1)(a) hingga (g) dalam Suratcara Majlis Daerah Keningau, 1961 dan diringkaskan kepada beberapa fungsi seperti berikut:-
S - SAMPAH 3L - LONGKANG, LAMPU dan LANSKAP R - RUMPUT J - JALANRAYA.
Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawalan penyakit berjangkit.
Membina dan menyelenggara jalanraya, sistem perparitan dan saliran.
Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti Pasar Awam, Gerai, Medan Tamu, Dewan Masyarakat, Padang Bola, Perhentian Bas dan Perhentian Teksi.
Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas dan menggelakan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
Mengindahkan bandar dengan menanam serta memelihara pokok-pokok bunga dengan lanskap yang menarik.
Menyediakan kemudahan infrastruktur, taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi. Memungut cukai-cukai pintu rumah dikawasan perkadaran.
Mengurus sistem trafik dan penamaan Taman-Taman dan Jalan-Jalanraya.