alternative

Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Keningau. Pada tahun 2026, Majlis Daerah Keningau terus komited memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus, responsif dan berorientasikan pelanggan selaras dengan aspirasi Kerajaan Digital, Malaysia MADANI serta Pelan Pendigitalan Sektor Awam. Transformasi digital yang dilaksanakan bukan sahaja mempertingkatkan kecekapan pentadbiran, malah memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan berurusan dengan Majlis secara lebih pantas, mudah dan selamat. Keutamaan Majlis Daerah Keningau adalah memastikan setiap perkhidmatan yang disampaikan memenuhi kehendak pelanggan melalui tadbir urus yang baik, penggunaan teknologi digital serta budaya kerja yang inovatif, profesional dan berintegriti. Seluruh warga kerja Majlis sentiasa berganding bahu dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan demi memberikan nilai tambah kepada komuniti dan semua pihak berkepentingan (stakeholders). Laman Web Rasmi Majlis Daerah Keningau merupakan medium komunikasi utama yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan daerah, pengumuman, aktiviti, berita semasa serta pelbagai kemudahan digital termasuk perkhidmatan dalam talian. Melalui platform ini, orang ramai boleh mengakses maklumat dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sejajar dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan. Majlis Daerah Keningau sentiasa mengalu-alukan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada masyarakat sebagai usaha berterusan untuk menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan. Setiap teguran dan cadangan amat kami hargai kerana ia menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan demi memenuhi keperluan pelanggan dan membangunkan Daerah Keningau sebagai sebuah daerah yang bersih, hijau, selamat, mampan dan berdaya saing. Saya berharap laman web ini akan terus menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada masyarakat, pelabur, pelancong, agensi kerajaan dan semua pihak yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Majlis Daerah Keningau serta pembangunan daerah ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Majlis Daerah Keningau. Semoga laman web ini dapat memberikan manfaat kepada semua pengunjung dan terus menjadi jambatan komunikasi yang berkesan antara Majlis dengan masyarakat. Selamat melayari Laman Web Rasmi Majlis Daerah Keningau. Sekian, terima kasih.