Unit ICT.

OBJEKTIF
Menjadikan organisasi Majlis sebagai sebuah organisasi yang berteraskan ICT di dalam pengurusan dan perkhidmatannya.
Mensasarkan 100 peratus pegawai dan kakitangan celik IT menjelang tahun 2027.
Menjadikan ICT dan IT sebagai budaya organisasi baru bagi Majlis dan seluruh warga kerjanya., dan
Memanfaatkan penggunaan aplikasi dan pembudayaan ICT dan IT untuk faedah bersama antara pihak Majlis dan masyarakat.

VISI
Untuk menjadikan pentadbiran Majlis Daerah Keningau sebagai sebuah pentadbiran yang cekap dan produktif serta berkesan dengan memastikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan sepenuhnya.

MISI
Menjadikan ICT sebagai panduan dan tunjang utama dalam memastikan kelancaran Bahagian/Unit di Pejabat Majlis Daerah Keningau.
Matlamat
Menjadikan Majlis Daerah Keningau sebuah Agensi berelektronik yang cemerlang untuk mempamerkan keupayaan teknologi-teknologi multimedia dalam membentuk pentadbiran tanpa kertas bagi interaksi diantara Jabatan dan orang awam.