Piagam Pelanggan.

KOMITMENT KAMI ADALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN MAJLIS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB, KEMESRAAN DAN TULUS:

1.  Semua pelan pembangunan dan pelan bangunan akan diluluskan dalam tempoh dua (2) bulan dengan syarat ianya memenuhi semua kehendak yang ditetapkan.

2.  Semua pelan pengubahsuaian akan diluluskan dalam tempoh dua (2) minggu dengan syarat ianya mematuhi semua kehendak yang ditetapkan.

3.  Semua permohonan lesen akan diproses sekiranya memenuhi syarat-syarat MS ISO 9002: 1994;
     Lesen Baru/Iklan   Sementara/Pembatalan lesen/Rayuan Lesen - 7 hari ( Masa Bekerja )
     Iklan Tetap - 45 hari ( Masa Bekerja )
     Pembaharuan lesen dalam tempoh satu (1) hari ( Masa bekerja )

4.  Setiap aduan awam akan dilayan dalam tempoh dua (2) hari dan memberi maklumat kepada pengadu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;

5.  Sampah-sarap dikutip pada setiap hari di kawasan bandar dan dua (2) kali seminggu di kawasan perumahan.

6.  Sijil menduduki bangunan ( O.C )akan dikeluarkan dalam tempoh satu  (1) hari selepas syarat-syarat dipenuhi.

7.  Pembayar bil-bil runcit akan dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas dokumen-dokumen lengkap diterima.

8.  Sentiasa membenteras peniaga-peniaga haram kepada Zero Point.

9.  Mengeluarkan bil-bil cukai pintu dalam tempoh tiga (3) bulan sekali.

10.  Kaunter pembayaran dan penerimaan dibuka mengikut jadual yang ditetapkan;

      Isnin - Khamis: 08.00am - 11.30am; 02.00pm - 03.30pm;
      Jumaat: 08.00am - 10.30am; 02.00pm - 03.30pm;
      Sabtu: 08.00am - 10.30am

PIAGAM PELANGGAN DALAMAN.

11.  Meluluskan permohonan cuti dalam tempoh satu (1) hari.
12.  Pembayaran gaji dan elaun adalah mengikut kelender gaji.