PERKHIDMATAN

MAJLIS DAERAH KENINGAU


Pengurusan Majlis Daerah Keningau bertanggungjawab melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil termasuk arahan-arahan/pekeliling-pekeliling daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Terdapat sepuluh (10) Bahagian-Bahagian dan Unit-unit Pengurusan Majlis Daerah Keningau iaitu Bahagian Pentadbiran dan Urus Setia, Kewangan dan Hasil, Pembangunan dan Kejuruteraan, Penilaian Harta, Pengurusan Harta dan Inventori, Perkhidmatan Persekitaran Bandar dan Kesihatan, Penguatkuasaan, Pelesenan, Khidmat Pelanggan dan Komputer dan Teknologi Maklumat (ICT).
Fungsi-fungsi bahagian ini adalah menyokong perkhidmatan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan selain daripada tugas-tugas asas yang disenaraikan dalam Suratcaranya seperti kawalan Pembangunan, kawalan perniagaan, pembersihan dan pengindahan bandar, menyediakan kemudahan ruang niaga dan persarana asas di dalam bandar Keningau.

Lebih lagi »

PENTADBIRAN


Bahagian Pentadbiran terbahagi kepada beberapa seksyen/ unit iaitu, Urus Setia, Perjawatan, Sumber Manusia, Pengurusan dan Latihan, Fail dan Rekod, Perhubungan Koprat, Pengurusan Harta dan ICT.

Fungsi bahagian ini ialah mengurus dan mengawal semua urusan-urusan berkaitan dengan kebajikan kakitangan, perjawatan, surat menyurat, mesyuarat-mesyuarat, latihan dan kursus, pengurusan dan penyelanggeran pejabat serta fail-fail dan rekod jabatan.

BILANGAN JAWATAN KUMPULAN.
Pengurusan & Profesional -2 orang
Sokongan 1 -6 orang
Sokongan 2 -122 orang
Angota Skim Khidmat Singkat (KKTP) -2 orang
Gaji Hari -20 orang
Jumlah : 152 orang

Majlis telah mengambil 20 orang kakitangan bergaji hari bagi menumpang kekurangan tenaga buruh di Bahagian Perkhidmatan. Tambahan ini adalah inisetif awal Majlis sementara menunggu permohonan penambahan jawatan ini diluluskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Lebih lagi »

KEWANGAN

1. Fungsi
Menjalankan urusniaga harian dan menyimpan buku-buku akaun yang betul dan mengikut tatacara yang teratur untuk semua transaksi perakaunan Majlis.
(To transact the daily business and keeping proper books of accounts in a true and regular manner of all accounting transactions of the Authority).

2. Objektif.
Mengekalkan kejernihan & kebertanggungjawapan dalam mendokong kepercayaan umum dan pemegang amanah harta.
(To uphold the Authoritys intergrity by perpetuating transparency and accountability in the care of the public and stakeholders interests);

Menyediakan maklumat perakaunan yang berguna untuk pengguna akaun untuk memudahkan keputusan dibuat.
(To provide useful accounting information for users of accounts for informed decision-making);

Mengekalkan imej yang baik dan mengekalkan hubungan baik dengan para pelanggan secara profesional.
(To perpetuate good image and maintain good liasons with all clients in a professional manner)

3. Tugas dan tanggungjawab/Aktiviti.
(a). Unit Pemungutan Hasi
- Pemungutan Hasil dan pengendalian wang
- Kemaskini buku-buku rekod hasil harian dan bulanan
- Billing
- Membuka buku/kad daftar rekod perniagaan baru
- Menyedia Senarai Tunggakan Hasil

(b). Unit Pembayaran dan Akaun.
- Menyedia baucar-baucar pembayaran am/gaji/elaun-elaun, dll.
- Kemaskini buku-buku rekod pembayaran harian dan bulanan
- Kemaskini Buku Tunai Besar dan menyedia Penyata Penyesuaian
- Bank

(c). Lain-lain tugas/tanggungjawab,
- Menyedia laporan-laporan/penyata-penyata kewangan/maklumat
- maklumat perakaunan
- Menyedia Anggaran Tahunan
- Penilaian dan pengemaskinian senarai hartanah

4). Perkhidmatan Kaunter.
4.1. Bayaran-bayaran yang boleh dilakukan di kaunter ialah, semua jenis LESEN dibawah undang-undang kecil/ Ordinan Majlis Daerah Keningau.
TERMASUK pembayaran denda-denda (fines), kompaun (compounds), caj-caj (charges), sewa (rents) dan fee yang dikenakan dibawah Undang-Undang Kecil/Ordinan diatas dan dibawah Undang-Undang Kecil seperti berikut:
- Anti-Litter By-Laws 1984
- Conservancy and Hygiene 1984
- Building By-Laws 1983,

SERTA, pembayaran
- cukai-cukai pintu (Assessment), dan
- ses tanah.

5. Kadar cukai pintu bagi tahun 2001 adalah seperti berikut:-
Cukai pintu adalah dikenakan keatas hartanah bergeran yang terletak di dalam kawasan perkadaran menurut warta no. GN. No. S103-64 merangkumi 446 ekar dan warta no. GN.... merangkumi 65 ekar (Ditambah dalam tahun 1991).
Kawasan perkadaran tambahan yang dicadangkan adalah seluas 3,390 ekar dan apabila diwartakan, akan bertambah keluasan kepada 3,901 ekar. Jumlah hartanah yang dikenakan cukai

6. PROSES PEMBAYARAN DI KAUNTER.
Gunakan nombor giliran
Apabila giliran tiba, sila berikan nama anda,nama premis perniagaan & lokasi premis kepada pegawai di kaunter.
Anda diberitahu amaun yang perlu dibayar
Berikan wang kepada pegawai di kaunter
Dapatkan resit resmi.

Selesai.

Lebih lagi »

PEMBANGUNAN

FUNGSI.
Menentukan dan menyeleras perlaksanaan projek-projek pembangunan Majlis. Mengkaji dan menilai prestasi projek Majlis dengan tujuan meninggikan kecekapan dan perlaksanaan yang berkesan.
Menerima dan memproses pelan-pelan pembangunan dan bangunan termasuk perumahan untuk pembangunan, perindustrian dan perdagangan.

OBJEKTIF.
Menentukan pengurusan semua aktiviti-aktiviti pembangunan yang teratur.
Pelan Pembangunan
Pelan Bangunan
Pelan Pembahagian Tanah
Pelan Pindaan & Pengubahsuaian
Pelan Bangunan (Rumah Persendirian)

Taman perumahan dalam kawasan perkadaran.
Detached - 420 unit
Semi-Detached - 404 unit
Terrace - 2,081 unit
1½ Storey Terrace - 12 unit
Jumlah: 2,917 unit

Taman perumahan di luar kawasan perkadaran.
Detached - 145 unit
Semi-Detached -
Terrace - 479 unit
1½ Storey Terrace
Jumlah: 624 unit

Jumlah Keseluruhan : 3,541 unit

Kompleks Kedai.
Kedai Komersial dalam Perkadaran - 821 unit
Kedai Industrial dalam Perkadaran - 147 unit
Jumlah Keseluruhan: 968 unit.

Lebih lagi »

PELESENAN

OBJEKTIF.
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN PERNIAGAAN YANG CEKAP, BERKESAN DAN MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN SERTA PIAWAIAN YANG DITETAPKAN.

FUNGSI.
MENGAWAL AKTVITI PENGELUARAN SEMUA JENIS LESEN PEMBAHARUAN, PEMBATALAN, RAYUAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERKAITAN DENGANNYA.

JENIS LESEN DAN BAYARAN.
BIL. JENIS LESEN/PERNIAGAAN
01. PENDANDAN RAMBUT
Ø Salun rambut wanita RM6.00 1 kerusi
Ø Kedai gunting rambut lelaki RM6.00 1 kerusi
Ø Salun rambut lelaki RM20.00 1 kerusi
Ø Salun rambut uniseks RM10.00 1 kerusi
Ø Mendandan rambut dengan perkhidmatan urutan RM30.00 1 kerusi

02. HOTEL DAN RUMAH TUMPANGAN
Ø Kelas Pertama RM100.00 sebilik/ sebulan berdasarkan kependudukan
Ø Lain-lain RM40.00 sebilik/sebulan berdasarkan kependudukan.(Kadar yuran sekarang RM 10.00 sebilik setahun)

03. MAKANAN & PREMIS-PREMIS MAKANAN
Ø Kedai kopi / Kantin (Tidak Berhawa Dingin) RM60.00 per suku
Ø Kedai kopi & Restoran (Tidak Berhawa Dingin) RM75.00 per suku
Ø Restoran (Berhawa Dingin) RM105.00 per suku
Ø Coffee House/Lounge/Pub (Berhawa Dingin) RM90.00 per suku
Ø Bar RM120.00 per suku
Ø Gerai Sampingan Menjual Makanan (Side Cooked Food Stall) RM90.00 per suku
Ø Kilang Roti RM120.00 per suku
Ø Gerai Makan RM300.00 per suku

04. PERNIAGAAN BERBAHAYA
Ø Kedai Tayar/ Kilang RM120.00 sebulan
Ø Bengkel Kenderaan RM150.00 sebulan
Ø Kerja Besi RM120.00 sebulan
Ø Panggung Teater RM40.00 sebulan Ø Lain-lain Perniagaan Berbahaya RM30.00 sebulan

05. RUMAH URUT
Ø Rumah Urut RM1,200.00 setahun

06. DOBI
Ø Dobi RM36.00 setahun

07. MINUMAN KERAS (Native customary other than distilled liquors)
Ø Lesen Membuat Minuman Keras RM5.00 sebulan
Ø Lesen Menjual Minuman Keras RM10.00 sebulan
Ø Lesen Kedai Runcit RM5.00 sebulan

08. TEATER DAN TEMPAT HIBURAN
Ø Pertunjukan Teater Dlm Ruang Tertutup Melebihi 500 Orang Dlm 1 Masa. RM60.00 satu pertunjukan
Ø Pertunjukan Teater Dlm Ruang Tertutup Kurang Drpd 500 Org Dlm 1 Masa. RM30.00 satu pertunjukan
Ø Pertujukan Teater Dalam Ruang Tertutup RM30.00 satu pertunjukan
Ø Salun Biliad RM45.00 satu meja/sebulan
Ø Galeri Menembak RM30.00 sebulan
Ø Galeri Melontar Seligi (Dart) RM15.00 sebulan
Ø Dewan Menari Termasuk Kelab Malam Yang Menyediakan Penari RM0.50 p.m./per sq. ft.of floor space
Ø Disko RM200.00 sebulan
Ø Karaoke Outlet: Karaoke Terbuka Karaoke Lounge + singing companions + cubicles but without dancing floor Karaoke Lounge + singing companions + cubicles + dancing floor RM180.00 sebulan RM1.00sebulan./persegi ruang lantai RM 2.00 sebulan / persegi ruang lantai
Ø Movie Television Outlet (Lounge) RM30.00 sebilik sebulan
Ø Lain-lain Tempat Hiburan Awam RM30.00 sebulan

09. LESEN PENJAJA
Ø Penjaja tempatan yang menjaja di dalam Pekan: Keningau,RM20.00 sebulan
Bingkor & Apin-Apin RM15.00 sebulan
Ø Penjaja dari daerah lain yang menjaja di Daerah Keningau RM30.00 sebulan
Ø Penjaja tempatan yang menjaja di luar Pekan Keningau, Apin-Apin dan Bingkor. RM10.00 sebulan.

Nota: Semua borang-borang boleh didapati di Kaunter Bahagian Pelesenan Pejabat Majlis Daerah Keningau dengan harga RM2.00 senaskah.

Lebih lagi »

PENGUATKUASAAN

A. OBJEKTIF UNIT PENGUATKUASA
Objektif penubuhan Unit Penguatkuasa ini adalah untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau dan memastikan semua peraturan undang-undang yang terkandung di dalamnya dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak.

B. FUNGSI BAHAGIAN UNIT PENGUATKUASA
Sebagai nadi Majlis Daerah Keningau yang mana menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan peraturan yang terkandung di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Keningau.

C. UNDANG-UNDANG KECIL DIKUATKUASAKAN
Antara undang-undang kecil yang dikuatkuasakan oleh Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Keningau adalah seperti berikut:
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau ( Anti Sampah-sarap) 1984
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Penjaja), 1973
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Penjaja), 1973,1984
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Pasar), 1961
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Bangunan), 1983 (pindaan 1990)
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Tamu), 1966
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Pengiklanan) 1973
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Pendandan), 1973
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Hotel dan rumah tumpangan), 1969 (pindaan 1984)
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Makanan dan premis makanan), 1973
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Jalan dan tempat awam), 1981
Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Minuman keras), 1969

PROSES ADUAN
Bahagian ini akan menjalankan proses pemeriksaan tertentu apabila menerima aduan berdasarkan kepada bentuk aduan yang diterima, seterusnya membuat laporan kepada pihak pengurusan untuk tindakan atau arahan selanjutnya, Sebab-sebab aduan adalah seperti terdapatnya pelanggaran terhadap Undang-undang Kecil Majlis atau syarat-syarat yang dikenakan kepada pelanggan majlis. Sumber-sumber aduan adalah datang dari pihak Pengurusan Majlis sendiri termasuk dari pihak awam.

MAKLUMAT ADUAN
Sebarang maklumat aduan berkaitan dengan Majlis dan Undang undang Kecil oleh dibuat terus kepada Pegawai Pengurusan dan semua kakitangan Majlis Daerah Keningau atau melalui talian 087 341180 Pejabat Am atau 087-336064 Pejabat Penguatkuasa.

F.TANGGUNGJAWAB DAN AKTIVITI
Menjalankan rondaan dan mengambil tindakan segera terhadap orang awam dan para peniaga yang melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di bawah Undang-undang Kecil Majlis seperti mengenakan tawaran denda kompaun di bawah Undang undang Kecil Anti Sampah-sarap (Anti Litter-By Laws 1984. Menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas pemilik premis dan peniaga yang didapati melanggar mana-mana peraturan atau syarat-syarat yang terkandung dalam lesen-lesen kelulusan yang dikeluarkan oleh Majlis.Tindakan saman melalui mahkamah akan dikeluarkan kepada peniaga yang melanggar undang-undang dan enggan menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.

Lebih lagi »

PENILAIAN HARTA

OBJEKTIF
Mengendali dan mengurus semua harta-harta Majlis
Memastikan setiap harta yang mempunyai nilai komersial digunakan untuk menghasilkan pendapatan tambahan.
Menyedia kertas kerja serta membuat rumusan projek usahasama dan penswastaan.

FUNGSI
Menyediakan senarai penilaian dan notis penilaian taksiran cukai assismen.
Menetapkan rayuan tribunal perkadaran untuk mendengar rayuan/bantahan penilaian kadaran hartanah.
Menyedia perintah kadar Majlis Menyediakan tuntutan caruman membantu kadar harta kerajaan negeri dan persekutuan.
Mengurus permohonan serahan/pindah milik tanah infrastruktur kepada Majlis. Mengurus permohonan letak hak tanah kerajaan kepada Majlis.
Menyediakan laporan maklumat hartanah bulanan kepada NAPIC (Pusat Maklumat Hartanah Negara)
Menyimpan dan mengemaskini maklumat harta tanah Majlis.
Menyediakan surat perjanjian sewa-menyewa. Menyediakan pembaharuan surat perjanjian sewa-menyewa.

SENARAI PENILAIAN BANGUNAN DAN KADAR DALAM KAWASAN PERCUKAIAN MAJLIS.
A. KESELURUHAN KADAR HASIL PEKAN KENINGAU (PELAN NO. 12150021/B)
(1) Maksud Am
- Komersial/ Bangunan Perindusterian - 7.00%
- Kediaman/ Lain-lain Bangunan - 5.00%
- Tanah Kosong - 0.25%
- Pembentungan/ Saluran Najis - 2.00%

PEKAN KECIL SOOK (PELAN NO.9459)
- Kadar Maksud Am -5%

Lebih lagi »

ICT

OBJEKTIF.
Menjadikan organisasi Majlis sebagai sebuah organisasi yang berteraskan ICT di dalam pengurusan dan perkhidmatannya.
Mensasarkan 100 peratus pegawai dan kakitangan celik IT menjelang tahun 2020.
Menjadikan ICT dan IT sebagai budaya organisasi baru bagi Majlis dan seluruh warga kerjanya., dan
Memanfaatkan penggunaan aplikasi dan pembudayaan ICT dan IT untuk faedah bersama antara pihak Majlis dan masyarakat.

VISI. Untuk menjadikan pentadbiran Majlis Daerah Keningau sebagai sebuah pentadbiran yang cekap dan produktif serta berkesan dengan memastikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan sepenuhnya.

MISI.
Menjadikan ICT sebagai panduan dan tunjang utama dalam memastikan kelancaran Bahagian/Unit di Pejabat Majlis Daerah Keningau.

MATLAMAT.
Menjadikan Majlis Daerah Keningau sebuah Agensi berelektronik yang cemerlang untuk mempamerkan keupayaan teknologi-teknologi multimedia dalam membentuk pentadbiran tanpa kertas bagi interaksi diantara Jabatan dan orang awam.

FUNGSI.
SEKSYEN KHIDMAT PENGGUNA & PENTADBIRAN.
Membantu Merangka Pelan Strategik Teknologi Maklumat
Membuat minit mesyuarat setiap kali menghadiri mesyuarat bahagian/unit.
Menyediakan memo dan surat – surat yang berkaitan bahagian/unit.
Mengemaskini fail – fail Bahagian/Unit Teknologi Maklumat.
Menerima Aduan-Aduan Kerosakan PC, Perkakasan dan Perisian di Bahagian/ Unit Jabatan,
Bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan aset teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication technology), ringkasnya ICT, yang dimiliki atau dibawah jagaan dan kawalannya. Ini termasuk semua data, peralatan, rangkaian dan kemudahan ICT.
Menerima arahan tugas – tugas yang lain berkaitan bahagian daripada pegawai dari semasa ke semasa.

SEKSYEN APILIKASI SOKONGAN.
Menyokong Pembangunan dan Penyelanggaran Aplikasi Jabatan,
Menyokong menjalankan kerja-kerja membangun, mengendali dan menyelia Sistem Opersai Jabatan.
Menjalankan Kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan perkakasan IT Jabatan,

SEKSYEN PUSAT DATA, RANGKAIAN & LATIHAN.
Membantu Mengurus Pangkalan Data Jabatan,
Membantu Mengurus Sistem Operasi , Pengurusan Rangkaian LAN, WAN dan Wireless Jabatan,
Mengurus Latihan/ Kursus-kursus kakitangan dan tempahan Bilik Latihan Komputer Jabatan.

SEKSYEN LAMAN WEB & MULTIMEDIA.
Bertanggungjawab di dalam membantu membangunkan serta mengandalikan Laman Web Jabatan/ Organisasi supaya dapat berfungsi dengan baik.
Bertanggungjawab untuk mengambil gambar-gambar aktiviti serta maklumat untuk membuat persembahan multimedia dan Laman Web Jabatan.

Lebih lagi »

PERKHIDMATAN BANDAR

Bahagian Perkhidmatan, Kesihatan dan Operasi mempunyai lima (5) unit utama yang mempunyai bidang tugas yang berlainan tetapi mempunyai objektif dan fungsi utama yang sama.

Unit-unit ini adalah seperti berikut;
1. Unit Perkhidmatan Pembersihan Bandar.
2. Unit Perkhidmatan Kesihatan.
3. Unit Lanskap Dan Alam Sekitar.
4. Unit Bengkel dan
5. Unit Parit dan Longkang

Objektif.
Mengujudkan dan mengekalkan keadaan alam sekitar yang bersih untuk menjamin keselesaan, kesihatan dan sejehteraan penduduk dikawasan perkadaran Majlis Daerah Keningau .

Fungsi-Fungsi.
1. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan Pekan.
2. Melaksanakan fungsi-fungsi kesihatan seperti mana yang diperuntukkan dalam Ordinan Kesihatan Umum 1960.

Aktiviti Utama Perkhidmatan Pembersihan Bandar.
a. Membersihkan lorong-lorong dan tempat-tempat awam.
b. Mengumpul, mengutip dan membuang sampah sarap.
c. Memotong rumput dan pembersihan parit-parit.
d. Membantu dalam kerja-kerja lanskap dan pengindahan Bandar.

Aktiviti Utama Unit Lanskap.
a. Pemotongan rumput.
b. Penyelenggaraan Tapak Semaian.
c. Penyelenggaraan pokok kayu dan bunga yang sedia ada.
d. Menanam pokok kayu dan bunga.

Aktivit Utama Perkhidmatan Kesihatan.
a. Perkhidmatan kesihatan Majlis adalah dalam bentuk pengawasan (monitoring), pendidikan dan penguatkuasaan Undang Undang berkaitan.
b. Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan dalam Bahagian Kesihatan ialah;
1. Kawalan Mutu Makanan dan kebersihan premis makanan.
2. Kesihatan Dan kebersihan Alam Sekitar.
3. Kawalan Vektor dan vermin.
4. Pengkebumian Papa.

Aktiviti Utama Unit Bengkel.
a. Membaiki kerosakan mesin-mesin, jentera dan kenderaan-kenderaan Majlis.
b. Menjalankan kerja-kerja ketukangan.
c. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan, mesin dan jentera secara berjadual.

Lebih lagi »

SEWA-SEWA

DEWAN SERBAGUNA TERBUKA TAMU GROUND (DEWAN ARKED).
Sehari – Tempatan : RM150.00, Negeri : RM250.00 (Kosong)

SEWA PADANG BANDARAN.
Pagi (6.00am-12.00pm) : RM30.00
Petang (12.00-6.00pm ): RM30.00
Malam (6.00pm – 12.00 mlm) : RM 30.00
Pakej (6.00am-6.00pm) : RM50.00
Keraian : RM250.00 (Fun Fair-deposit RM3,000.00 "Refunable")

PERALATAN MAJLIS DAERAH KENINGAU.
Meja besar – RM1.00 (dalam dewan), RM1.50 (Luar dewan),
Meja Kecil – RM1.00 (dalam dewan), RM1.50 (luar dewan),
Kerusi plastic – RM0.50 (dalam dewan), RM0.80 (luar dewan),
Sofa – RM0.70 (dalam dewan ), RM 1.00 (luar dewan),
Pasu Bunga – RM3.00 sepasu,
Rostrum – RM5.00.

KAWASAN TERBUKA (OPEN SPACES).
Kawasan Terminal Bas, Kawasan Parking Dewan Masyarakat Keningau RM30.00 sehari

SEWA GELANGGANG BADMINTON DEWAN MASYARAKAT KENINGAU.
RM 8.00 Sejam

SEWA DEWAN MASYARAKAT KENINGAU.
RM350.00 sehari (termasuk aircond)- Kosong
RM250.00 sehari (tidak termasuk aircond)- Kosong

Lebih lagi »