PERUTUSAN

Perutusan Pengerusi Majlis Daerah Keningau
& Perutusan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau

Perutusan Pengerusi
Laman Web, adalah salah satu kemudahan utama yang ditawarkan oleh World Wide Web (www) dan merupakan satu keadah perkongsian serta penyebaran maklumat secara elektronik yang amat popular pada masa kini. Dengan sokongan teknologi telekomunikasi yang semakin pantas dan moden, sebuah laman web mampu dicapai oleh kebanyakan individu di seluruh dunia sama ada diperolehi di pejabat, sekolah, pusat siber, kiosk internet di kompleks membeli-bela atau pun kemudahan di rumah.
Maka dengan adanya Laman Web Majlis Daerah Keningau, saya pasti ianya akan memudahkan kerja pengurusan perkhidmatan yang lebih cepat, tepat dan berkualiti untuk memuaskan hati pelanggan sejajar dengan polisi kerajaan yang inginkan jentera kerajaan beroperasi secara automation menjuruskan ke arah cita-cita E-Goverment.
Laman web ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk melayani anda yang melawat laman web kami agar lebih efektif lagi pada masa akan datang. Melalui rangkaian internet ini, kami mengharapkan maklumbalas daripada anda bagi membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bukan sahaja daripada laman web kami tetapi merangkumi semua aspek bagi pembangunan daerah Keningau agar lebih bersih, sihat, sebuah bandar yang cantik dan tempat yang selamat untuk didiami.
Saya selaku Pengerusi Majlis Daerah Keningau berasa sangat bangga dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada WebMaster dan kakitangan Majlis Daerah Keningau di atas lahirnya sebuah laman web yang berinformatif ini.
Semoga tuan / puan merasa selesa dan mendapat informasi yang relevan dan mustahak untuk rujukan selanjutnya selepas melayari laman web ini.
Selamat melayari laman web kami, terima kasih.


Perutusan Pegawai Eksekutif
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Bermula tahun 2013 adalah tahun cabaran bagi Majlis Daerah Keningau dalam usaha merealisasikan dan melaksanakan fokus utama yang melibatkan seluruh peringkat daripada atasan hinggalah bawahan.
Keutamaan Majlis Daerah Keningau memerlukan corak pengurusan penyampaian perkhidmatan yang lebih keriatif untuk menambah baik dan menunaikan system penyampaian Majlis Daerah Keningau.
Dalam usaha untuk menjayakan fokus ini, peranan Majlis Daerah keningau amat penting memberikan maklumbalas yang tepat “timely” dan seksama kepada “stakeholders”. Melalui fokus ini ianya akan memberi ruang kepada kami untuk menghasilkan “value added overcome” dan impak yang penting untuk mencapai kejayaan. Dengan slogan Dunia Tanpa Sempadan, pelawat-pelawat yang melayari laman web ini boleh mendapat maklumat-maklumat penting tentang Majlis ini dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja selaras dengan kepintangan masa kini dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan mendekatkan pelanggan/ pelawat dengan Majlis Daerah Keningau.
Kami juga bersedia untuk di tegur bagi memperbaiki kelemahan, kekurangan dan kesilapan demi memenuhi kehandak pelanggan semua.
Semoga anda berpuas hati dengan apa yang dipaparkan melalui laman web ini.
Terima kasih dan selamat melayari Laman Web Majlis Daerah Keningau.