2025-11-04
PENGURUSAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI NEGERI SABAH
KAJIAN TAHAP PRESTASI KUTIPAN SAMPAH OLEH PEHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Kajian ini dijalankan oleh Jabatan Audit Negara dalam menyiapkan pengauditan Prestasi bertemakan Perubahan Iklim bertajuk Pengurusan Pelupusan Sisa Pepejal di Negeri Sabah. Pautan Link : https://forms.gle/zmagK9aBw8r1Exvf9 Terima kasih atas penglibatan YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik dalam menyelesaikan maklumbalas ini. #terimakasih
2025-10-21
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (Perjalanan Pilihan Raya)1981
Borang 3 (Subperaturan 3(3) Notis untuk memilih sesorang ahli dewan rakyat / dewan undangan bagi Negeri Sabah bagi bahagian pilihan raya.
2025-08-08
PENJELASAN AWAM MENGENAI ISU PASAR UMUM KENINGAU
*"Majlis Daerah Keningau jelaskan isu kebocoran, paip lama, paip baharu, dan sambungan elektrik Pasar Umum. Pembaikan sedang dijalankan demi keselamatan, keselesaan pengguna, serta kelancaran operasi pasar."
2024-06-20
KAJIAN KESESAKAN LALU LINTAS BANDAR KENINGAU
KAJIAN KESESAKAN LALU LINTAS BANDAR KENINGAU Tempoh kajian secara atas talian (online) : 19 Jun 2024 sehingga 24 Jun 2024 Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor utama menyebabkan kesesakan lalu lintas dalam Bandar Keningau. Hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan oleh pihak pengurusan Majlis Daerah Keningau untuk mengurangkan kes kesesakan lalulintas di kawasan Bandar Keningau dan mengenalpasti punca kes kesesakan lalulintas. Pertanyaan berkenaan kajian ini boleh hubungi pejabat Majlis Daerah Keningau di talian 087-341152 atau e-mel md.keningau@sabah.gov.my. Link: https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdkc_FQw.../viewform
2024-04-04
MAKLUMAN KEROSAKAN FAXSIMILI MAJLIS DAERAH KENINGAU
Dimaklumkan bahawa talian faxsimili Majlis Daerah Keningau telah mengalami gangguan teknikal dan sedang dalam pembaikan. Sehubungan itu, adalah disarankan untuk penghantaran dokumen ke e-mel Majlis Daerah keningau. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian harap maklum.
2024-01-01
NOTIS MAKLUMAN!!!
>DISKAUN sebanyak 5% keatas bayaran penuh cukai pintu semasa bermula 01 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024. >DISKAUN sebanyak 50% sehingga 100% keatas feadah untuk pembayaran separa atau penuh tunggakan cukai pintu sehingga akhir bulan Mac 2024.